Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap pentadbiran Malaysia Fahmi Fadzil kini memaklumkan keputusan tindakan lanjut berkenaan pengenaan tarif Amerika Syarikat (AS) akan dilaksanakan pada Isnin hadapan iaitu 14 April 2025 ini.
Langkah itu akan didasari berdasarkan hasil Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan ASEAN yang akan berlangsung esok (10 April) dan seterusnya sidang National Geoeconomic Command Centre (NGCC) yang dijadualkan berlangsung pada Isnin kelak.
Semakan keputusan ini penting untuk Malaysia sebelum pentadbiran memulakan tindakan menghantar wakil ke Washington bagi tujuan diplomasi dan perbincangan perdagangan. Namun setakat ini tiada tarikh tetap yang dicapai susulan ia akan tertakluk pada keputusan dua mesyuarat besar yang dimaklumkan.
Untuk pengetahuan umum, negara anggota ASEAN dilihat antara pasaran yang berdepan tekanan tarif tinggi ia meliptui Kemboja (49%), Laos (48%), Vietnam (46%) dan Myanmar (44%). Manakala Malaysia pula berdepan tarif AS 24% sementara Thailand pula berdepan 36%, Indonesia (32%), Brunei (24%), Filipina (17%) dan Singapura (10%).