Kesan tarif Amerika Syarikat (AS) ternyata turut memberi impak kepada rakan dagang mereka, antara Elon Musk yang kini berdepan penyusutan nilai kekayaan di bawah $300 bilion buat kali pertama sejak November 2024 lalu.
Data Indeks Bilionwan Bloomberg ini memperincikan Elon Musk telah kehilangan $4.4 bilion pada 7 April lalu setelah saham Tesla terus merosot menjadikan jumlah kekayaannya kini $290 bilion (setakat 9 April). Secara menyeluruh setakat 2025, Elon Musk telah kehilangan sekitar $143 bilion iaitu sekitar RM642 bilion!
Selain Elon Musk, hartawan lain seperti Jeff Bezos dan Mark Zuckerberg turut memperlihatkan penurunan nilai kekayaan namun tidak ketara berbandingnya. Tetapi apa yang menarik pada senarai indeks Bloomberg itu, Warren Buffett memperlihatkan pertambahan nilai kekayaan pada tahun 2025.
Kedudukan ini didorong hasil penyertaan pelaburannya bersama syarikat kukuh seperti Coca-Cola dan American Express yang dilihat terus meraih nilai pelaburan yang baik meskipun berdepan krisis pasaran. Tambahan pengukuhan saham Berkshire Hathaway yang terus berada pada paras tetinggi menjadikan nilai kekayaan Buffett terus stabil.