Artikel

Pemilik Perniagaan Wajib Lapor Pendapatan, Walaupun Rugi – LHDN

Masih ramai pemilik perniagaan kini miliki tanggapan untuk tidak perlu melaporkan pendapatan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sekiranya berdepan kerugian. Perihal itu ditegaskan adalah tidak benar, dan pihak yang menjalankan perniagaan wajib untuk melaporkan pendapatan mereka sama ada untung mahupun rugi.

Ini kerana tindakan pelaporan pendapatan tidak semestinya menyebabkan sesetengah pihak perlu membayar cukai. Jika rugi dan memiliki pendapatan lain selain gaji dan gabungan perolehan yang dimaklumkan dalam borang cukai maka barulah terdapat potensi pengenaan cukai berlaku.

Selain perniagaan, kumpulan pempengaruh seperti pencipta kandungan di media sosial turut digesa mengisytiharkan status pendapatan mereka sekiranya menerima imbuhan tambahan. Kegagalan mengemukakan borang cukai pendapatan boleh mengakibatkan individu berdepan denda sehingga RM20,000 atau dipenjara sehingga 6 bulan.

Maka untuk mengelakkan berlakunya kesulitan pada proses rekod pendapatan, diharapkan semua yang terlibat perlu tampil ke hadapan dan melunaskan tanggungjawab anda demi kemudahan percukaian di masa hadapan.