Artikel

Luckin Coffee Perluas Jejak Di Pasaran Malaysia – Akan Buka Cawangan Di Terminal Bas Gombak

Setelah berjaya membuka 8 cawangan di pasaran Malaysia, Luckin Coffee – syarikat penyedia minuman terkemuka China yang berfokuskan kepada kopi kini dilihat terus meluaskan lagi jejak mereka pada pasaran semasa. Terbaharu, Luckin Coffee diperlihatkan bakal membuka cawangan selanjutnya di Terminal Bas Gombak (TBG).

Biarpun tidak mengetahui tempoh sebenar akan pembukaan cawangan baharu tersebut berikutan persiapan telahpun dilaksanakan sejak Januari lagi, perluasan rangkaian Luckin Coffee ini dilihat bertepatan dengan matlamat mereka pada pasaran Malaysia. Dengan menyasarkan pembukaan 200 cawangan di Malaysia menjelang 2028 kelak.

Bersama sokongan Hextar Industries ini, dijangka akan lebih banyak cawangan Luckin Coffee diperlihat pada pasaran semasa kelak. Ketika ini antara cawangan yang telahpun dibuka bagi tempoh Januari 2025 sehingga Mac 2025 adalah di Sunway Pyramid, Menara Ecoworld-Bukit Bintang, Sunway Velocity 2, Jaya One, IOI Mall Puchong, Aeon Maluri, Pavilion Damansara dan The Sphere.