Artikel

AS Kini Kenakan Tarif 104% Ke Atas China – Namun Kekal Terbuka Runding Bersama Negara Lain

Kini secara rasminya Amerika Syarikat (AS) mengenakan duti import sebanyak 104% ke atas seluruh barang import dari China. Tindakan itu berikutan tindak balas AS akan langkah Beijing yang memaklumkan pengenaan tarif timbal balas kepada pasaran import AS minggu lalu.

Tindakan yang direalisasikan pada jam 12 tengah malam lalu secara langsung telah menyebabkan kemerosotan pada pasaran saham AS. Situasi ini kesan kejutan pemain ekonomi yang sebaliknya menjangkakan terdapat potensi rundingan semula dijalankan kedua negara.

Melihat pada pendekatan agresif AS ini, China telah bersedia untuk mendepani perang tarif tersebut di mana sebilang pengilangnya telah memberi amaran akan kesan kejatuhan keuntungan dengan merancang pembukaan kilang baharu di pasaran lain.

Biarpun telah menafikan hak rundingan bersama China, AS dimaklumkan kekal terbuka bersama negara lain. Difahamkan AS akan laksana rundingan bersama Korea Selatan, Jepun dan Itali kelak.