Sekitar 8,000 premis kediaman, komersial dan 300 kilang kini terjejas berikutan isu letupan saluran paip gas yang mengakibatkan kebakaran di Putra Heights pada 1 April 2025 lalu.
Notis Unit Infrastruktur dan Pertanian Selangor ini turut menjelaskan kesan situasi itu turut menjejaskan 4 stesen janakuasa yang melibatkan Stesen Janakuasa Jambatan Connaught, Stesen Janakuasa Pulau Indah, Stesen Janakuasa Salahuddin Abdul Aziz dan Stesen Janakuasa Putrajaya.
Maka ini memyebabkan bekalan gas semasa dalam kapasiti terhad dan memerlukan 330 juta kaki kubik gas ali diperlukan setiap hari bagi membekalkannya kepada 4 stesen tersebut bersama keperluan kepada residensi, komersial dan premis kilang. Ini meliputi 200 juta kaki kubik untuk stesen janakuasa manakala baki 130 juta kaki kubik pula untuk premis.