China secara tegasnya kini melaungkan amaran bahawa pihak mereka tidak akan tunduk sama sekali pada tekanan tarif yang dimainkan oleh Amerika Syarikat (AS) di pasaran perdagangan ketika ini. Amaran ini berikutan AS telah mula memberi ancaman untuk mengenakan tarif tambahan 50% ke atas China susulan tindak balas mereka berhubung tindakan AS.
Situasi ini secara jelas akan terus meluaskan lagi tekanan pada arena perdagangan semasa. Di mana ia akan mengugat kestabilan keuntungan, perubahan harga serta perancangan setiap negara dalam meningkatkan pelaburan di pasaran global.
Biarpun Donald Trump kekal dengan pendirian bahawa tindakan ini adalah langkah untuk merombak semula sistem perdagangan dunia – gerakan itu menurut China dilihat seolah membuli dan melemahkan asas ekonomi negara lain tanpa mengambil kesannya bagi jangka masa panjang.
Maka China pada kenyataan rasmi memaklumkan akan berjuang sehingga ke akhir sekiranya AS masih kekal dengan pendirian pelarasan tarif tersebut.