Artikel

Malaysia Berisiko Jadi Pengimport LNG – Dalam Tempoh 20 Tahun Mendatang

Sekiranya ketika ini Malaysia pengeksport gas asli cecair (LNG) ke-5 terbesar di dunia, tetapi dalam tempoh 10 tahun sehingga 20 tahun mendatang – terdapat potensi untuk status tersebut berubah menjadikan Malaysia selaku pemgimport LNG di pasaran kelak.

Situasi ini berikutan, negara ketika ini berdepan kekurangan rizab gas asli dengan pantas bersama kadar pertumbuhan terkumpul 7% di Semenanjung dan 4% pula di Sabah. Sementara, hanya Sarawak dilihat kekal memiliki bekalan yang stabil di mana menyumbang 59% daripada jumlah rizab LNG di Malaysia.

Kenyataan itu menurut Kementerian Ekonomi turut dibebankan lagi dengan keperluan bekalan gas asli pada pembangunan di Malaysia. Di mana menjelang 2050, bekalan gas asli akan menjadi peranan penting buat negara dengan keperluan 56% bagi tujuan penjanaan tenaga dan pembangunan industri di Malaysia.

Melihat pada cabaran itu dengan corak penggunaan semasa dan unjuran rizab, negara perlu bersedia untuk menyelesaikan ketidakseimbangan pada permintaan dan bekalan semasa demi kesejahteraan ekonomi di masa hadapan. Ketika ini Malaysia sedang mengambil beberapa pendekatan untuk kurangkan halangan kepada akses pihak ketiga serta dalam usaha mengukuhkan infrastruktur LNG negara. Adanya pemerkasaan ini ia akan membantu negara mencapai matlamat jadi hab gas asli utama di pasaran ASEAN.