Amerika Syarikat (AS) kini memaklumkan sebarang rundingan bersama China akan dihentikan berhubung isu pengenaan tarif import. Perihal ini berlaku kesan China mengenakan semula 34% tarif import ke atas AS susulan pihaknya berdepan tekanan tarif timbal balas.
Lebih memburukkan lagi persekitaran, AS kini memberi ancaman untuk meningkatkan 50% tarif import ke atas China. Pertambahan itu dilihat akan menyukarkan lagi prestasi pasaran kewangan global kesan kemerosotan keyakinan semua pihak.
Setakat ini sahaja, tindakan itu telah merosotkan prestasi saham AS diikuti saham Asia dan Eropah yang juga menjunam susulan kebimbangan kumpulan pelabur akan sentimen semasa. Buat pengetahuan umum, kesan situasi ini akan membawa kepada pelarasan harga import yang lebih mahal, penurunan permintaan dan membawa kepada kemelesetan global yang lebih tinggi.