Sepanjang tahun 2024, didapati lebih 33.3 juta serangan ke atas pengguna telefon pintar telah dikesan di seluruh dunia. Aktiviti ini termasuklah tindakan serangan Trojan Banker iaitu kecurian data perbankan pengguna pada telefon pintar – di mana memaparkan peningkatan 196% pada tahun lalu.
Buat pengetahuan umum, Trojan Banker ialah perisian hasad yang direka khas untuk mencuri maklumat kewangan pengguna. Ini meliputi nama pengguna, kata laluan perbankan yang digunapakai pada medium atas talian sebagaimana diakses pada peranti pintar.
Maka dengan memanipulasi pengguna untuk memuat turun Trojan Banker ini menerusi pautan yang dilampirkan pada saluran mesej yang tersedia di telefon pintar mereka. Situasi ini sekaligus merisikokan pengguna untuk terdedah pada kebocoran maklumat.
Berdasarkan tinjauan Kaspersky secara menyeluruh pada tahun lalu, serangan Trojan Banker ini telah alami peningkatan ketara. Antaranya kalangan pengguna telefon pintar Android yang memaparkan lonjakan kepada 1.24 juta kes pada 2024 berbanding 420,000 kes pada 2023.
Melihat pada peningkatan itu, orang awam dinasihatkan untuk lebih peka akan literasi siber bagi memastikan tiada pihak diperdayakan. Kesan kealpaan dalam penggunaan peranti pintar berupaya menyebabkan kerugian yang lebih besar buat pengguna di masa hadapan.