Artikel

GXBank Akan Kenakan Caj RM12 Untuk Kad Baharu – Mulai 17 April Ini

Berkuat kuasa 17 April 2025 ini, GXBank memaklumkan pengenaan caj RM12 akan dilaksanakan ke atas pengguna bagi tindakan pengeluaran menggantikan kad fizikal bank digital tersebut.

Tindakan ini hasil semakan baharu yang dilaksanakan GXBank, di mana caj ini hanya akan dikenakan ketika pengeluaran kad dilaksanakan namun akan dikecualikan untuk pengguna yang memiliki baki minimum yang ditetapkan pada akaun GXBank mereka.

Ini bermakna di bawah pelarasan itu, pengecualian akan diberi kepada pengguna yang mengekalkan baki purata sekurangnya RM1,000 pada akaun GXBank selama 30 hari berturutan sejak kad diraih.

Caj itu akan diambil daripada baki yang tersedia dalam akaun GXBank namun akan dikembalikan semula sekiranya syarat baki tersebut dipenuhi dalam tempoh yang ditetapkan.