Semakin ramai penduduk Malaysia, mula peka akan aliran perbelanjaan mereka – apabila didapati 98% penduduk Malaysia telah berbelanja lebih awal bagi keperluan barangan Raya 2025 seawal suku keempat 2024! Tinjauan Shopee ini didasari berasaskan Kajian Trend Pembeli Raya 2025 di pasaran Malaysia.
Langkah bijak ini menurut Shopee didorong hasil tindakan pengguna tempatan dalam memanfaatkan jualan dan promosi akhir tahun, yang kebiasaannya dilaksanakan oleh setiap medium e-dagang. Maka dengan faedah itu, ia memberi penjimatan berganda kepada pengguna Malaysia untuk melaksanakan persiapan Aidifitri mereka pada tahun ini.
Sementara baki 2% pengguna pula didapati adalah kumpulan pembeli yang membuat pembelian saat akhir. Ini antaranya melibatkan pembelian hadiah, barangan Raya serta keperluan yang tidak dijangka menjelang musim perayaan tersebut.
Tidak hanya itu, kajian turut mengesan lebih ramai pengguna mula laksana penjimatan pada pembelian di medium e-dagang. Penjimatan ini tidak sekadar memanfaatkan akses baucar atau promosi tetapi mengehadkan jumlah perbelanjaan mereka. Laporan dapati 7 dari 10 pembeli telah mengekalkan perbelanjaan Raya mereka hanya di bawah RM500 sahaja. Rekod ini secara langsung mendedahkan, lebih ramai pengguna peka akan cara perbelanjaan mereka ketika musim perayaan.
Melihat pada komitmen pengguna yang kekal menjadikan Shopee sebagai pilihan medium e-dagang, Shopee Malaysia secara berkala optimis menambahbaik ciri keselamatan platform e-dagang mereka. Buat pengetahuan umum, 75% pengguna akui eksosistem beli-belah di Shopee kini ditahap terbaik dengan tahap keselamatan yang tinggi. Malah ciri pembayaran yang fleksibel bersama ciri Jaminan Shopee dan segmen Shopee Mall turut menjadi pendorong akan keyakinan pengguna untuk terus berbelanja di medium tersebut.