Setakat ini, lebih 50 buah negara telahpun menghubungi Rumah Putih untuk melaksanakan rundingan perdagangan bersama pentadbiran Amerika Syarikat (AS) bagi pengenaan tarif yang dijangka berlaku pada 9 April ini.
Permintaan ini menurut Setiausaha Perbendahaaran AS, Scott Bessent sekaligus telah meletakkan Trump pada kedudukan berkuasa dalam pasaran global. Dan tindakan ini juga diperjelaskan sebahagian langkah penyusunan semula AS dalam perdagangan global.
Biarpun tidak menjelaskan perincian rundingan mahupun tawaran yang telah dijalankan bersama 50 negara yang terlibat itu – AS menjelaskan langkah rundingan serentak dilihat boleh menimbulkan cabaran logistik dan sentimen berhubung ketidaktentuan ekonomi semasa.
Ketika ini pentadbiran Trump kekal optimis dengan langkah tarif tersebut dan menjangkakan pertumbuhan untuk tempoh panjang akan lebih kukuh di pasaran hadapan. Berhubung permintaan rundingan itu, perincian lanjut akan dimaklumkan sekiranya terdapat perubahan bersama sebilangan negara.