Artikel

Ekonomi Dunia Dijangka Meleset 60% Pada Tahun Ini

Sekiranya sebelum ini, kemelesetan ekonomi global dijangka sekitar 40% sahaja namun langkah Amerika Syarikat (AS) merealisasikan matlamat tarif import mereka ke atas 15 negara  utama termasuklah di Malaysia – kini ternyata telah meningkatkan peratusan kemelesetan tersebut, yang berupaya lebihi 60% pada tahun ini.

Jangkaan itu menurut JP Morgan didasari akan kejutan pelaksanaan tarif perdagangan AS pada minggu lalu. Tindakan ini untuk makluman berpotensi menurunkan prestasi pertumbuhan AS sekitar 2% pada tahun ini.

Melihat pada tekanan itu, situasi ini secara langsung turut akan memberi kesan secara tidak langsung pada pertumbuhan Malaysia. Setakat ini terdapat anggaran ekonomi negara akan berdepan penyusutan antara 0.5% hingga 1% pada suku kedua 2025 kelak. Perihal ini akan dipantau Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).