Artikel

Sarawak Laksana Skim Pendidikan Tinggi Percuma – Bermula Tahun 2026 

Hasil penelitian secara berkala, Sarawak kini memaklumkan kabinet negerinya kini telah meluluskan kertas cadangan berhubung pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) yang akan direalisasikan pada 2026 ini.

Buat pengetahuan umum, skim ini akan melibatkan sebilangan institusi sahaja antaranya institusi pengajian tinggi milik Sarawak seperti Swinburne University of Technology Sarawak, Curtin University of Malaysia, University Technology of Sarawak dan i-CATS University College.

Lebih menarik, penawaran bidang pengajian yang terlibat antaranya adalah peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Undang-Undang, Perubatan, Kewangan dan Perakaunan.

Selain penawaran yuran pengajian percuma, skim ini turut akan membantu kumpulan pelajar B40 yang miliki pendapatan perkapita RM1.500 sebulan dengan penyediaan elaun sebanyak RM15,000 setahun. Menerusi akses ini, ia tidak sekadar membuka peluang pendidikan yang menyeluruh kepada keluarga B40 tetapi secara berperingkat akan membantu struktur ekonomi Sarawak di masa hadapan.