Artikel

Subsidi RON95 Masih Diperhalusi, Berpotensi Salur Guna MyKad – MOF

Sebagaimana yang dipraktikan pada agihan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kerajaan kini pertimbang untuk menjadikan saluran MyKad sebagai saluran utama pada pengagihan subsidi petrol RON95 kelak.

Jelas Timbalan Menteri Kewangan Amir Hamzah pada minggu ini, pertimbangan itu bagaimanapun masih diperingkat semakan, termasuklah melibatkan penetapan harga dua peringkat akan agenda penyasaran subsidi RON95 kelak. Iaitu harga bersubsidi dan harga tanpa subsidi.

Biarpun telah memberi gambaran awal tersebut, pihak MOF memaklumkan perincian lanjut hanya akan diketahui selepas separuh pertama tahun ini kelak.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada hari ini menjamin 90% rakyat Malaysia tidak akan terkesan berhubung pendekatan yang diambil pada tindakan rasionalisasi RON95 kelak. Kesan ini ditegaskan hanya akan tertumpu kepada penduduk asing dan golongan maha kaya sahaja.