Artikel

MUFG N0W Sarawak Kini Perluas Laluan Kerjasama Tenaga Boleh Diperbaharui – Di Rantau Asia

Selaras dengan agenda perkasakan tenaga hijau dan meluaskan peluang dalam eksosistem perniagaan di rantau Asia, MUFG N0W kini menjadi medium penghubung apabila berjaya menghimpunkan lebih 100 pemain industri yang terdiri kalangan perniagaan, pembuat dasar, pakar industri serta rakan strategik pada sidang 20 Mac lalu di Kuching, Sarawak.

Persidangan yang turut dikenali sebagai Net Zero World ini adalah platform utama bank Mitsubishi UFJ Financial Group dalam menambahbaik cabaran yang didepani pada pembangunan ekonomi semasa di rantau Asia. Maka berbekalkan komitmen itu, persidangan ini untuk meraih sokongan Perbadanan Ekonomi Sarawak (SDEC) untuk meluaskan jejak kerjasama dengan institusi antarabangsa seperti Jepun melibatkan fokus sektor inovasi hidrogen hijau.

Buat pengetahuan umum MUFG telah bertapak hampir 70 tahun di Malaysia bersama penawaran khidmat seperti pembiayaan hijau, pinjaman berkaitan kelestarian dan perdagangan hijau. Dengan perluasan akses bersama pasaran Asia. Usaha ini tidak sekadar mengukuhkan lagi matlamat kelestarian Sarawak dan Malaysia tetapi turut menyokong pembangunan ekonomi secara bersama dengan pasaran Asia yang lain.