Untuk memastikan pengukuhan perkhidmatan terus relevan seiring dengan pasaran semasa, Puspakom kini memaklumkan pelarasan naik kadar caj pada perkhidmatan bergerak mereka akan dilaksanakan – bermula 1 April ini dengan kenaikan sehingga 20%.
Kadar baharu ini difahamkan hanya melibatkan caj perkhidmatan bagi Van Bergerak (MVS) dan Trak Bergerak (MTS) sementara caj pemerikasaan bagi kategori perkhidmatan kenderaan lain dijamin kekal tidak berubah.
Sebagai perincian caj perkhidmatan MTS untuk 50 kilometer pertama akan dinaikkan sekitar 10% iaitu daripada RM3,000 kepada RM3,300. Manakala caj bagi MVS pula sebanyak 20% dengan memaparkan kenaiakn daripada RM100 kepada RM120 bagi setiap unit.
Tindakan ini jelas Puspakom adalah wajar susulan kali terakhir semakan caj dibuat adalah pada 2007 biarpun tekanan kos semasa telah berlaku pada setiap tahun.