Artikel

RHB Menyuntik RM51 Juta Dana Tambahan Pada Boost Bank – Kekalkan 40% Kepentingan

RHB Bank dilihat secara berkala mengukuhkan kedudukan mereka pada kepentingan bersama Boost Bank. Terbaharu, RHB Bank kini dimaklumkan telah menyuntik sejumlah RM51 juta dana tambahan ke dalam Boost Bank dengan melanggan 51 juta saham baharu.

Langkah itu seiring dengan tujuan mengekalkan kedudukan RHB Bank bersama 40% kepentingan bank digital bersama Boost Bank.

Makluman kepada Bursa Malaysia semalam, memperincikan langganan saham yang dilaksanakan sejak 17 Mei 2024  sehingga 27 Mac itu melibatkan pembiayaan melalui dana dalaman syarikat. Menerusi tindakan itu ia bertujuan membiayai pertumbuhan serta operasi Boost Bank di samping memenuhi keperluan bagi mencapai modal minimum seperti yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).