Bagi mengalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) terus meluas di pasaran semasa kepada semua pengguna termasuklah ke atas rakan pemandu – kini Grab Malaysia laksana kesepakatan bersama BYD Sime Motors, Yinson Green Technologies (M) dan Power-Up bagi meningkatkan lagi kemudahan bersama pengguna.
Kebersamaan di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) itu secara langsung tidak sekadar mengukuhkan lagi eksosistem infrastruktur EV di Malaysia tetapi turut bertepatan dengan agenda negara untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menyumbang kepada ekonomi yang lebih lestari.
Dengan kerjasama itu, kesemua jenama akan menginterasikan EV pada platform Grab dengan melancarkan khidmat seru-pandu EV dan kadar sewaan yang lebih istimewa untuk rakan Grab. Selanjutnya dengan sokongan ini, terdapat beberapa potensi dalam membantu membangukan infrastruktur pengecasan strategik serta kemahiran penyelenggaraan bersama rakan industri.
Melalui perluasan akses ini, selain membuka peluang kepada rakan pemandu akan kelebihan disebalik penggunaan EV – tindakan ini turut meningkatkan lagi pilihan pengguna dalam meraih pengalaman perjalanan yang lebih lestari di pasaran khidmat seru-pandu kelak.