Tidak seperti kebiasaan, Maybank kini memaklumkan perkhidmatan penukaran duit raya di ATM Raya khusus tidak tersedia pada tahun ini berikutan berdepan beberapa kesulitan.
Susulan isu tersebut, pihak Maybank memohon maaf akan ketiadaan ATM Raya 2025 khas sebagaimana yang disediakan pada setiap perayaan dan tahun sebelumnya. Maka untuk memastikan permintaan pengguna berhubung penukaran duit raya, Maybank menyarankan pengguna untuk mengunjungi kaunter cawangan terdekat bagi tindakan penukaran wang baharu.
Namun para pengguna dinasihatkan untuk menghubungi cawangan terlibat untuk menyemak status stok wang tunai yang masih tersedia sebelum pergi ke cawangan berkaitan.
Tidak hanya itu, Maybank juga turut mencadangkan pengguna memanfaatkan ciri e-Duit Raya yang terdapat pada aplikasi MAE untuk kemudahan memberi duit raya ketika sambutan Aidilfitri kelak. Dengan ciri ini ia tidak sekadar mudah, nirtunai tetapi turut boleh diakses di mana jua dan tidak perlu khuatir sekiranya berdepan kehabisan wang tunai raya.
Berdasarkan makluman ini, secara menyeluruh semua pengguna masih boleh mengunjungi cawangan ATM Maybank di seluruh Malaysia namun ketersediaan wang tunai baharu sahaja berkemungkinan tidak dapat dipenuhi pada sebilangan cawangan.