Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini mengisytiharkan jumlah pengagihan pendapatan untuk dua dana harga harga tetap Aamanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2025 ini iaitu sekitar RM2.18 bilion.
Menerusi rekod itu, ini akan melibatkan dana harga tetap ASB 2 sebanyak RM0.73 bilion dengan pengagihan pendapatan 5.50 sen seunit, yang mana dijangka dapat memanfaatkan seramai 614,309 pemegang unit yang kini memiliki 14.12 bilion unit.
Sementara ASM pula melibatkan rekod RM1.45 bilion dengan pengagihan pendapatan 5.00 sen seunit yang dijangka memberi manfaat kepada 740,513 pemegang unit dengan pegangan 29.14 bilion unit.
Susulan pengumuman ini, sebarang urus niaga melibatkan kedua dana ini ditangguhkan buat sementara waktu dari 28 Mac sehingga 31 Mac 2025 untuk tindakan pengiraan pengagihan pendapatan.