Bertepatan dengan agenda Inisiatif Pendigitalan Perniagaan yang dilancarkan pada awal minggu ini – GXBank kini menjadi antara 12 penyedia digital di Malaysia yang menyokong Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam menambahbaik ekosistem pendigitalan kalangan perusahaan di Malaysia.
Pada langkah itu, GXBank akan menumpukan peranan dalam segmen penyediaan skim pembiayaan khas yang akan disediakan buat kumpulan Perusahaan, Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Malaysia yang memerlukan. Di mana menurut MDEC antara cabaran yang digariskan adalah kekangan aliran dana telah membantutkan perancangan mereka untuk menambahbaik penyelesaian digital pada operasi. Tidak hanya itu didapati 60% PMKS sekadar memiliki sokongan digital asas sahaja, maka dengan sokongan GXBank kekangan tersebut dapat diatasi secara berkala.
GXBank juga optimis dengan akses pembiayaan ini ia tidak sekadar meluaskan jejak digital tetapi turut membantu kumpulan usahawan mengembangkan perniagaan mereka pada aliran ekonomi Malaysia. Adanya kesepakatan bersama MDEC ini, GXBank menyasarkan lebih ramai pemain ekonomi dapat meraih manfaat dan dapat membantu PMKS memupuk eksosistem pembiayaan yang lebih infklusif di masa hadapan.