Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini memaklumkan agihan kadar dividen bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2024 adalah sekitar 5.25%. Peratusan ini secara jelas menjadikan ia lebih tinggi berbanding rekod dividen sebelumnya dan kadar tertinggi dalM TEMPOH 7 tahun.
Bersama pengumuman kadar itu, LTAT memaklumkan kadar tersebut akan memanfaatkan sejumlah 125,014 penyumbang Angkatan Tentera Malaysia.
Mengikut perincian lanjut, jumlah pembayaran kepada pendeposit tahun ini ialah RM514.20 juta di mana lebih tinggi berbanding catatan sebelumnya sekitar RM485.08 juta. Untuk makluman, kadar dividen ini telah meningkat secara beransur daripada 2019 (2.5%), 2020 (3.5%), 2021 (4.1%) diikuti 2022 dan 2023 pula 5%.