Hasil perbincangan pada 14 Februari 2025 lalu, pentadbiran Malaysia menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mencapai persetujuan dengan mewajibkan semua pelajar di bawah KPM memakai lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam mereka.
Perihal ini tidak sekadar melibatkan pelajar sekolah KPM dan sekolah bantuan tetapi turut melibatkan pelajar Kolej Matrikulasi serta Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPG).
Untuk peringkat pelaksana KPM akan memberi 2 lencana Jalur Gemilang secara percuma kepada setiap pelajar.
Dengan makluman itu, pelaksanaan ini akan dikuat kuasakan serta-merta mulai 21 April 2025. Maka berdasarkan tindakan tersebut, ini antara panduan pemakaian mengikut pakaian seragam pelajar mengikut kategori pendidikan:

Dengan adanya penambahan pemakaian lencana Jalur Gemilang tersebut secara tidak langsung dapat memupuk semangat patriotik, perpaduan, identiti kebangsaan, mewujudkan sikap bertanggungjawab serta displin dan menjadi tanda penghormatan terhadap negara. Maka dengan makluman ini, diharap semua ibu bapa dan penjaga peka akan keperluan yang dituntut bagi memastikan proses pelaksanaan berjalan lancar pada tempoh penguatkuasaan kelak.