Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, susulan tiada lagi penawaran tol percuma kepada rakyat bagi sambutan perayaan pada tahun ini – maka kerajaan kini bersetuju memberi 50% diskaun bayaran tol kepada semua pemilik kenderaan persendirian sempena sambutan Hari Raya 2025.
Penawaran 50% diskaun tol ini menurut Kementerian Kerja Raya (KKR) akan dimulakan pada jam 12.01 tengah malam pada 28 Mac ini dan berakhir pada jam 11.59 malam pada 29 Mac 2025. Inisiatif turut dijelaskan akan melibatkan peruntukan RM19.69 juta yang ditanggung kerajaan bersama syarikat konsesi terlibat.
Menerusi makluman tersebut, penawaran diskaun tol ini dimaklumkan terpakai di semua plaza tol kecuali plaza tol di bahagian sempadan negara.