Berikutan khidmat senator Tengku Zafrul Abdul Aziz akan berakhir pada Disember 2025 kelak, ini bermakna peranannya merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) turut akan berakhir pada tempoh yang sama.
Perihal ini untuk makluman telahpun dikongsikan Tengku Zafrul pada sidang Kad Laporan Prestasi MITI 2024 pada bulan Februari lalu. Di mana pihaknya optimis untuk meneruskan beberapa usaha dalam kementerian lagi selari dengan penamatan pada tempoh tersebut.
Setelah melunaskan tanggungjawab tersebut, Tengku Zafrul memaklumkan fokusnya akan tertumpu kepada peranan selanjutnya. Antaranya adalah langkah baharu beliau yang kini menjadi calon presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (Malaysia) bagi penggal 2025-2029.
Seperti yang umum ketahui, anggota pentadbiran kerajaan termasuk menteri dan timbalan menteri telah diputuskan Kabinet untuk tidak dibenarkan bertanding pada mana-mana jawatan dalam persatuan Sukan. Maka dengan penamatan khidmat Senator tersebut, ia memberi peluang dan ruang untuk Tengku Zafrul meneroka segmen sukan selain memiliki kepakaran dalam politik serta sektor kewangan.