Artikel

BNM Kenakan Penalti RM18.9 Juta Pada 2024 – Antaranya Perangi Aktiviti Penggubahan Wang Haram

Ternyata aktiviti penggubahan wang haram menjadi antara tindakan penguatkuasaan yang paling tinggi diatasi Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun lalu – dengan jumlah menyeluruh penalti direkodkan adalah sekitar RM18.9 juta!

Kesalaham ini untuk makluman adalah bercanggah dengan amalan yang dituntut di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan.

Berdasarkan Laporan Tahunan 2024, sekitar 326 tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan telah diambil BNM pada tahun 2024. Tidak sekadar ke atas institusi kewangan bahkan syarikat serta individu yang menyalahi peraturan ditetapkan antaranya dasar sektor kewangan serta pertukaran asing.

Selain langkah perundangan itu, bagi tempoh yang sama BNM turut berjaya mengembalikan semula wang berjumlah RM125.5 juta kepada sekitar 1.5 juta pelanggan di Malaysia.

Melihat pada perkembangan ekosistem kewangan yang terus meluas dengan sokongan teknologi – BNM menjangkakan lebih banyak risiko baharu yang akan dilalui di masa hadapan. Untuk langkah itu, akan lebih banyak mandat pengawalseliaan yang akan diteliti BNM demi menjamin kesejahteraan semua pengguna di masa hadapan kelak.