Artikel

Syarikat Malaysia, Macrovalue – Beli Semua Cawangan Giant, Cold Storage Di Singapura Pada Nilai S$125 Juta

Untuk memperkasakan lagi pertumbuhan jenama peruncitan, Macrovalue – kumpulan peruncitan Malaysia pada minggu lalu telah memaklumkan akan mengambil alih dengan membeli semua cawangan pasar raya Cold Storage, dan Giant di Singapura pada nilai S$125 juta.

Peralihan itu akan melibatkan 48 cawangan Cold Storage termasuklah jenama di bawahnya seperti CS Fresh, CS Gold dan Jason’s Deli diikuti 41 cawangan Giant bersama 2 pusat pengedaran peruncitan.

Dengan tindakan peralihan daripada pengawalan Dairy Farm International Retail Group (DFI) ini, Macrovalue dilihat menjadi peneraju yang tepat dalam memacu pertumbuhan makanan di Singapura berdasarkan prestasi semasa mereka. Adanya pengawalan cawangan di Singapura ini secara langsung menjadikan kuasa perolehan peruncitan Macrovalue lebih besar pada pasaran serantau.

Berdasarkan kesepakatan itu, DFI memaklumkan perjanjian peralihan bersama Macrovalue ini dijangka selesai pada separuh kedua tahun 2025 ini. Sama-sama kita nantikan!