Artikel

Bank Negara Untung RM13.16 Bilion, Kerajaan Raih RM5.25 Bilion Dividen 

Bank Negara Malaysia (BNM) telah memaparkan prestasi yang positif pada tahun lalu – dengan peroleh keuntungan bersih selepas cukai berjumlah RM13.16 bilion. Hasil prestasi itu, kerajaan telah meraih dividen RM5.25 bilion bagi tahun kewangan 2024.

Dengan rekod itu, BNM turut memaparkan jumlah pendapatan yang lebih tinggi sekitar RM14.98 bilion di mana sebahagian besarnya didorong pulangan pelaburan rizab antarabangsa yang baik, diikuti aktiviti portfolio pada pasaran pertukaran asing serta pasaran sekuriti global yang tinggi.

Melihat pada pertumbuhan ini, BNM optimis struktur ekonomi Malaysia akan terkembang pada 2025 dengan jangkaan antara 4.5% sehingga 5.5%. Perkembangan ini akan didorong permintaan dalam negeri yang meningkat biarpun ketidakpastian ekonomi global berlaku ketika ini yang memperlihatkan aliran eksport lebih sederhana.