Artikel

MDEC Kini Mudahkan PMKS Laksana e-Invois – Umum 21 Penyedia e-Invois Dengan Harga Mampu Milik

Bertepatan dengan pelaksanaan Inisiatif Pendigitalan Perniagaan yang dilancarkan pada pagi ini, Kementerian Digital kini mengumumkan terdapat 21 penyedia perkhidmatan e-Invois telah diiktiraf Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) buat kemudahan peniaga di seluruh Malaysia dengan tawaran secara freemium bersama harga mampu milik.

Berdasarkan perkongsian tersebut, bagi mana-mana penyedia dengan pendaftaran 100 syarikat terawal untuk khidmat penyelesaian e-Invois dimaklumkan akan meraih perkhidmatan percuma untuk tempoh sehingga 6 bulan. Perihal ini sekaligus memberi ruang buat PMKS memahami dan menyesuaikan perbelanjaan khidmat e-Invois dalam suatu tempoh.

Dengan ketersediaan akses itu, ia tidak sekadar membantu kumpulan peniaga meraih penyelesaian digital yang lebih baik tetapi turut menyokong sasaran Malaysia meningkatkan hasil negara secara berkala. Buat pengetahuan umum, adanya pematuhan e-Invois ini, secara langsung akan melonjakkan lagi tahap ketelusan pemain ekonomi negara dalam sistem percukaian. Usaha ini akan membantu Malaysia meningkatkan perolehan di masa hadapan.

CEO-MDEC