Artikel

Lebih 51,000 Kedai Terlibat Larangan Pamer Produk Rokok Di Kaunter – Mulai 1 April

Selari dengan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada 1 Oktober lalu, kelak lebih 51,000 kedai di pasaran Malaysia akan terlibat pada tindakan larangan mempamerkan produk merokok di kaunter jualan mereka bermula 1 April 2025.

Berdasarkan tindakan itu, langkah pemasangan almari bertutup akan dilaksanakan KKM bersama kumpulan kedai terlibat untuk memasrikan aktiviti promosi menepati peraturan baharu yang ditetapkan. Difahamkan pertukaran almari bertutup ini akan dilaksana berdasarkan spesikasi yang telah ditetapkan dan dijangka dapat diselesaikan secara menyeluruh mulai 1 Oktober ini.

Biarpun dilihat sebagai langkah kecil, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) optimis impak pelaksanaan tersebut akan memberi kesan yang besar pada pertumbuhan Malaysia di masa hadapan