Untuk memastikan tiada lagi kenderaan sewenangnya parkir pada tempoh yang lama di bahu jalan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kelak akan perkenalkan Petak 2 Jam secara rintis bermula 7 April 2025 ini.
Pengenalan bagi fasa awal ini akan dimulakan di kawasan Medan Tuanku dan Ipoh Kecil. Di mana para pemilik kenderaan di bawah parkir Petak 2 Jam ini tidak lagi dibenarkan meletakkan kenderaan mereka lebihi had 2 jam pada lokasi terlibat.
Inisiatif ini menurut DBKL adalah selaras dengan peruntukan di bawah Perenggan 13(2), Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016. Maka ke arah penguatkuasaan itu, DBKL memperincikan setiap caj parkir Petak 2 Jam ini adalah berbeza kadar pengenaannya mengikut Zon yang dikategorikan.
Mengikut laporan semasa, kadar 2 jam di Zon A sekitar RM4.00, Zon B (RM2.00) dan Zon C (RM1.60). Namun buat masa ini difahamkan hanya dua lokasi akan terlibat sebelum diperluaskan menjelang Jun 2025 kelak.