Artikel

Pos Malaysia Maklum Tarikh Akhir Pengeposan Barang – Sebelum Hari Raya 2025

Untuk pastikan peniaga dan pengguna kekal tenang, tanpa berdepan sebarang kerunsingan susulan urusan perolehan barang masih tidak selesai – Pos Malaysia kini berkongsikan cadangan tarikh akhir untuk tindakn pengeposan barang sebelum tibanya Hari Raya 2025!

Mengikut notis Pos Malaysia, terdapat dua tarikah yang perlu menjadi perhatian semua peniaga dan pengguna kurier untuk memastikan barangan yang telah dibeli sampai sebelum tempoh perayaan:

  • Ke Semenanjung Malaysia – tarikh akhir peletakan dan pengambilan barang pada 26 Mac dan penghantaran dijangka sebelum 30 Mac 2025
  • Ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan – tarikh akhir peletakan dan pengambilan barang pada 25 Mac dan penghantaran dijangka sebelum 30 Mac 2025
  • Semua lokasi – sekiranya peletakan barang lepasi tarikh yang disyor maka penghantaran dijangka akan dilaksana pada 2 April 2025, keculai Melaka iaitu selepasa 3 April 2025.

Dengan makluman ini, para peniaga perlu peka bahawa perkhidmatan Pos Malaysia di seluruh Malaysia akan ditutup pada 31 Mac dan 1 April 2025 ini, sementara Melaka ditutup sehingga 2 April 2025. Susulan itu, rancanglah pembelian barangan anda dengan bijak, untuk mengelakkan berlakunya penangguhan penghantaran ketika musim perayaan ini.