Hasil kesepakatan Payments Network Malaysia (PayNet) dan Ant International pada tahun 2024, kini penggunaan transaksi melalui pembayaran imbasan kod QR dilihat semakin rancak – dengan sumbangan lebih 80% dicatatkan melalui DuitNow menerusi Alipay+ direkodkan.
Perihal ini sekaligus membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia meraih lebih banyak liputan pada pilihan pembayaran yang cekap bersama pengguna. Ia tidak sekadar kalangan pengguna tempatan semata bahkan memudahkan transaksi pembayaran bersama pelancong antarabangsa.
Untuk makluman antara rakan pembayaran Alipay+ yang boleh digunakan di Malaysia adalah Alipay (China), AlipayHK (Hong Kong), MPay (Macao), TrueMoney (Thailand), Changi Pay (Singapura), Hipay (Mongolia), HelloMoney dan GCash (Filipina), Tinaba (Itali), Kaspi (Kazakhstan), BigPay (Singapura, Thailand), Kakao Pay, Naver Pay dan Toss (Korea Selatan).
Adanya perluasan integrasi ekosistem pembayaran secara QR ini, ia secara berkala akan membantu meningkatkan pertumbuhan pasaran dan mendorong lebih ramai peniaga memanfaatkan aliran ekonomi digital semasa.
Secara menyeluruh, lebih 2.5 juta permis perniagaan di Malaysia menerima akses DuitNow QR di Malaysia bersama sokongan Alipay+ untuk kemudahan pelancong antarabangsa dari 10 buah negara.