Ternyata Kuala Terengganu kini direkodkan menjadi destinasi yang paling murah di Malaysia ketika musim cuti bagi tempoh April-Mei 2024 dan cuti hujung tahun – dengan kos kadar bilik secara purata sekitar RM213 semalaman.
Berdasarkan prestasi ini, selain kedudukan Kuala Terengganu yang strategik bersama pemandangan pantai – destinasinya juga cukup terkenal dengan pemasaran produk kraf tangan. Antaranya seperti songket, batik, barangan berasaskan kayu, tembaga serta jualan produk makanan tradisional.
Menurut data Agoda, rekod ini secara langsung mengatasi Kuching, Sarawak yang sebelum ini menyandang kedudukan tersebut. Sementara mengikut kedudukan rantau Asia pula, Kuala Terengganu berada di kedudukan ke-6, mengatasi wilayah Gimpo-Korea Selatan ($66), Narita-Jepun ($71) dan Pintung-Taiwan ($79).
Diikuti destinasi Phong Nha-Vietnam pula mengungguli carta pertama dengan purata harga bilik serendah RM124 semalaman menjadikan ia pilihan utama buat kumpulan pelancong dalam mengatur perbelanjaan yang lebih jimat. Selepas Vietnam, Tirupati-India ($34) menduduki tempat kedua, disusuli Hat Yai-Thailand ($40), Padang-Indonesia ($46) dan Bacolad-Filipina di kedudukan ke-5 ($46).
