Memastikan ekosistem perniagaan di Malaysia dan rantau ASEAN terus meluas selari dengan sokongan digitalisasi – Maybank dan TikTok Shop kini mengumumkan kerjasama untuk merealisasikan akses tersebut dengan sedia perkongsian kemahiran digital bersama kumpulan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Pada inisiatif ini, kedua pihak selaras dengan agenda M25+ akan memberi tumpuan meningkatkan kemahiran dan digitalisasi ke atas PKS yang masih berteraskan kepada perniagaan fizikal. Dengan perkongsian model digitalisasi, PKS terlibat akan meraih pemahaman dan berupaya mengukuhkan kedudukan mereka pada pasaran hadapan.
Antaranya memanfaatkan platform sepertimana e-dagang TikTok Shop, penyelesaian digitalisasi dan teknik pengurusan akaun yang mudah pada penyertaan ekonomi digital.
Untuk makluman inisiatif di bawah Program Peningkatan Kemahiran & Pendigitalan PKS ASEAN ini akan bermula dengan fasa perintis di Malaysia yang meliputi tiga aktiviti utama webinar, bengkel dan pelan pemecut. Peserta dalam program pemecut akan mendapat akses kepada bimbingan dan pendidikan khusus daripada TikTok Shop dan Maybank selama tempoh 6 bulan.
Selain itu, kohort pertama peserta bengkel dan program pemecut ini akan memberi tumpuan kepada usahawan wanita, sebagai lanjutan di bawah inisiatif HERpower Maybank. Tidak hanya itu pasaran ASEAN yang terpilih juga dijangka akan melancarkan program yang sama yang disesuaikan berlandaskan permintaan tempatan bagi tempoh 12 bulan mendatang.
Buat pengetahuan umum, untuk pasaran Malaysia sahaja terdapat 1 juta peniaga terlibat pada medium TikTok Shop di mana 98% daripada adalah kalangan PKS. Melihat pada jumlah itu, usaha ini dijangka akan meluaskan lagi pertumbuhan perniagaan tempatan di pasaran Asia Tenggara.