Selari dengan perayaan Aidilfitri 2025 yang akan diraikan tidak lama lagi, disasarkan aliran trafik di Malaysia akan alami peningkatan trafik daripada kebiasaan di lebuhraya. Dengan jangkaan 2.2 juta kenderaan sehari bagi tempoh 3 hari sebelum perayaan.
Jangkaan PLUS Malaysia ini memperincikan kesesakan itu tidak sekadar berlaku sebelum perayaan Aidilfitri bahkan selepas tempoh perayaan tersebut iaitu sekitar 4 April sehingga 6 April akan memperlihatkan aliran kesesakan yang sama berikutan kepulangan warga kota dari tempoh percutian.
Ini bermakna terdapat dua tempoh diketengahkan PLUS, bahawa akan alami kesesakan trafik dengan jumlah kenderaan lebihi 2 juta sehari – iaitu pada 27 Mac, 28 Mac dan 29 Mac, diikuti 4 April, 5 April dan 6 April 2025.
Tidak hanya itu, terdapat lebih 70,000 kenderaan turut dijangka akan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang tempoh tersebut.
Maka dengan jangkaan ini, PLUS mengharapkan kerjasama semua pihak khususnya kumpulan pemandu untuk kekal mematuhi perundangan perjalanan dan memastikan segala kelengkapan kenderaan dilaksanakan, untuk pastikan perjalanan lebih cekap sepanjang musim perayaan ini.
Secara menyeluruh, lebih 5,000 petugas akan bersiap sedia berkhidmat di lebuhraya PLUS dan LPT2, disusuli menambahbaik 59 lokasi tandas di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Hentian Plaza dan Plaza Tol untuk tingkatkan kemudahan buat pengguna awam.