Artikel

Malaysia Tidak Lagi Jadi Pilihan Pekerja Indonesia – Jumlah Tenaga Merosot 48% Sejak 2021

Pasaran pekerjaan di Malaysia ketika ini memaparkan seramai 2.37 juta pekerja asing yang berdaftar telah direkodkan, sedang berkhidmat dalam ekonomi semasa. Jumlah ini untuk makluman, mengikut notis Parlimen pada Februari lalu ternyata menunjukkan berlakunya penurunan pada bilangan pekerja dari Indonesia.

Mengikut laporan BH bersama Kedutaan Indonesia, penurunan ini telah berlaku sejak tiga tahun lalu susulan krisis COVID-19 dan langkah sekatan pergerakan telah mengehadkan penggunaan tenaga asing pada pasaran ketika itu. Malah langkah penguatkuasa yang lebih tegas ke atas kumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) turut mengurangkan lagi pilihan tenaga kerja Indonesia (TKI) ke Malaysia.

Sebelum krisis COVID-19, berdasarkan rekod perangkaan pekerja Indonesia yang berdaftar di Malaysia adalah sekitar 1.13 juta namun jumlah tersebut dianggarkan menurun kepada sekitar 585,000 pekerja. Ia sekaligus menandakan berlakunya penurunan ketara dalam tempoh 3 sejak krisis tersebut berlaku.

Buat pengetahuan umum, berdasarkan notis Parlimen – setakat akhir Disember 2024, peratus pekerja asing berdaftar terbesar di Malaysia ketika ini adalah diwakili pekerja Bangladesh dengan seramai 898,970 individu (37.96%), diikuti Indonesia seramai 582,108 pekerja (24.58%) dan Nepal pula seramai 370,127 pekerja (15.63%).