Sepertimana Batik Air dan beberapa syarikat penerbangan antarabangsa lain – Malaysia Airlines kini mengemaskini polisi penggunaan berkaitan power bank ketika operasi penerbangan. Bermula 1 April 2025 ini, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa 2 unit powerbank sahaja di dalam kabin.
Akses itu diperincikan hanya dibenarkan untuk powerbank berkapasiti 100Wh sehingga 160Wh sahaja. Tidak hanya itu kemasukan powerbank ini dibenarkan untuk simpanan di dalam kabin sahaja dan tidak dibenarkan diletakkan pada dalam bagasi kabin. Malah penggunaan powerbank ketika dalam pesawat turut dilarang bagi memastikan tiada sebarang risiko kebakaran berlaku kesan penggunaan tersebut.
Berlandaskan makluman itu, pelaksanaan ini turut diperluaskan ke atas operasi penerbangan lain seperti Firefly dan MASwings – diharapkan semua penumpang berkaitan peka akan perubahan polisi tersebut dan mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan penumpangan dan operasi penerbangan kelak.