Mana-mana pembayar cukai yang memiliki baki cukai atau tunggakan cukai melebihi RM300 – kini dibolehkan untuk laksana pembayaran secara berperingkat menerusi e-Ansuran, yang telah mula tersedia sejak 5 Mac pada portal MyTax LHDN.
Jelas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), inisiatif ini diperkenalkan bagi memudahkan pembayar cukai untuk membuat ansuran tunggakan cukai yang didepani mereka. Namun hanya kumpulan pembayar cukai yang miliki baki serta tunggakan lebihi RM300 sahaja yang layak memohon insiatif tersebut.
Di mana kumpulan ini akan diberi pilihan ansuran bagi tempoh dua sehingga 6 kali pembayaran sahaja. Malah diingatkan inisiatif ini hanya melibatkan ansuran bagi cukai pendapatan sahaja.
Susulan itu semua pembayar cukai yang berkaitan boleh mengakses khidmat e-Ansuran dengan log masuk pada portal MyTax untuk tindakan permohonan dan jika pembayar cukai ingin membatalkan permohonan tersebut, tindakan itu hanya dapati dilakukan di cawangan fizikal LHDN sahaja.
Menerusi kemudahan ini, ia secara langsung memberi akses fleksibel kepada pembayar cukai untuk melunaskan tanggungjawab percukaian dengan lebih teratur tanpa menjejaskan komitmen semasa mereka.