Artikel

Bank Negara Lantik Aznan Abdul Aziz Selaku Timbalan Gabenor BNM – Berkuat Kuasa 1 April Ini

Bermula 1 April 2025 ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan lantikan Aznan Abdul Aziz selaku Timbalan Gabenor BNM untuk tempoh 3 tahun selanjutnya.

Menerusi lantikan tersebut, Aznan akan berperanan memantau sektor penyeliaan dan pengawalan. Di mana beliau akan menjadi sebahagian Lembaga Pengarah BNM dan Jawatankuasa Dasar Monetari termasuklah penyertaan pada jawatankuasa seperti pengurusan rizab, risiko, kestabilan kewangan, dasar bersama, krisis, digital dan teknologi.

Untuk pengetahuan umum, Aznan Abdul Aziz memiliki latarbelakang pendidikan Ijazah Ekonomi dan Perakaunan dari Unvirsity of Bristol UK. Dan ketika ini belia merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga bagi International Islamic Liquidity Management Corporation, diikuti ahli jawatankuasa Audit dan Risiko bagi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi International Association of Insurance Supervisors dan ahli ex officio bagi Yayasan Laporan Kewangan.