Selari dengan kemajuan teknologi, Touch ‘n Go eWallet kini tampil dengan kemudahan baharu – iaitu membolehkan pengguna membayar parkir secara automatik dengan menggunakan pengecaman nombor plat menerusi pengenalan ciri Parkir LPR.
Ini bermakna pengguna kenderaan memiliki pilihan untuk membayar tempat letak kenderaan anda secara automatik tanpa perlu membuka tingkap dan menyentuh kad pada terminal keluar.
Menerusi pengenalan ciri ini yang telah bermula sejak bulan lalu, pengguna TNG eWallet perlu mendaftarkan nombor plat kenderaan anda pada ciri Parkir LPR untuk mengaktifkannya. Namun perlu diingatkan, akses ini hanya tersedia pada fasiliti yang dilengkapi dengan pengecaman plat lesen (LPR) sahaja.
Ia bermakna penawaran akses tersebut kekal terhad tetapi akan diperluaskan secara berkala kelak.
Secara menyeluruh, pengaktifan penggunaan ciri Parkir LPR ini akan menggunakan baki wang yang tersedia pada TNG eWallet pengguna. Biarpun ia dilaksanakan secara automatik namun kegagalan pengguna memastikan baki dompet digital tersedia berpotensi menjejaskan pergalaman pengguna kelak. Maka jangan lupa untuk memastikan baki TNG eWallet anda mencukupi dan nikmati pengalaman pembayaran parkir yang lebih baik.
Setakat ini, terdapat 12 lokasi dimaklumkan telah menyokong inisiatif pembayaran secara automatik dengan ciri Parkir LPR TNG eWallet: