Artikel

AirAsia Keluar, Batik Air Mahu Slot Tambahan – Di Lapangan Terbang Subang

Tatkala AirAsia mengambil keputusan untuk keluar dari beroperasi di Lapangan Terbang Subang selepas musim perayaan Aidilfitri kelak – Batik Air melihat ini suatu potensi yang wajar dimanfaatkan oleh syarikat mereka dengan menambah slot penerbangan.

Melalui pertambahan slot itu, usaha ini akan meningkatkan kecekapan Batik Air dalam memenuhi permintaan penerbangan bagi laluan di Subang. Seperti yang umum ketahui, langkah AirAsia mengosongkan slot itu sekaligus telah membuka persaingan kepada syarikat penerbangan lain untuk meningkatkan kekerapan tawaran perjalanan kepada pengguna semasa.

Namun setakat ini tidak diketahui syarikat mana yang akan memenuhi kekosongan yang dilaksanakan AirAsia mulai 7 April kelak. Difahamkan Batik Air telah meminta kerjasama CAAM dan MAVCOM untuk percepatkan peruntukan slot penerbangan tambahan di Subang pada tempoh tersebut.