Artikel

Mulai 17 Mac – Transaksi Kad Visa TNG eWallet Perlu Disahkan Guna TapSecure, Tiada Lagi SMS OTP 

Bagi menambahbaik tahap keselamatan transaksi pengguna, Touch ‘n Go Digital kini memaklumkan mulai 17 Mac 2025 – pengesahan TapSecure akan mula dilaksanakan untuk tindakan meluluskan transaksi Kad Visa TNG eWallet di aplikasi. Langkah ini bermakna pengesahan transaksi Kad Visa TNG eWallet kelak tidak lagi menggunakan pengesahan SMS OTP, iaitu Kata Laluan Sekali Guna.

Adanya akses TapSecure ini, pengguna boleh mengesahkan transaksi dengan lebih mudah menerusi satu ketikan sahaja di aplikasi TNg eWallet. Proses kelulusan ini akan membantu pengguna mengurangkan risiko serangan, ancaman sekuriti dan meningkatkan lagi pengalaman pembayaran di masa hadapan.

Maka untuk pastikan kelulusan transaksi tidak berdepan gangguan, pengguna TNG eWallet disarankan untuk mengaktifkan notifikasi atau pemberitahuan pada tetapan aplikasi anda. Untuk pemahaman lanjut, ini perincian berhubung kaedah meluluskan transaksi dengan menggunakan TapSecure.