Sejak 2020, didapati seramai 5,272 golongan muda yabg berusia 34 tahun ke bawah direkodkan telah diisyihar bankrap sehingga tahun ini. Berdasarkan status itu, sejumlah 46.4% daripada jumlah adalah disebabkan jerat pinjaman peribadi.
Data di bawah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)yang dikongsikan pada sidang Dewan Negara ini menjelaskan daripada jumlah tersebut seramai 5,189 individu adalah kumpulan yang berusia antara 25 tahun sehingga 34 tahun, manakala 83 belia lagi adalah kalangan di bawah usia 25 tahun.
Selain kesan pinjaman peribadi (2,776 kes), terdapat juga beberapa punca lain yang mendorong golongan muda ini berdepan status muflis. Antaranya pinjaman perniagaan (1,148 kes), pinjaman perumahan (474 kes), keberhutangan lain (463), sewa beli kenderaan (444 kes), penjamin korporat (383 kes, hutang cukai pendapatan (110 kes), kad kredit (89), kegagalan caruman KWSP (77), pinjaman pelajaran dan biasiswa (9 kes) dan penjamin sosial (4).
Melihat pada rekod itu, secara jelas tahun 2024 memaparkan peningkatan jumlah belia muflis di Malaysia dengan pertambahan 150 kes kepada 877 kes berbanding 727 kes sebelum ini. Menyedari isu itu, selain sokongan AKPK terdapat beberapa gerakan kesedaran telah ditambahbaik dengan melaksanakan program khas seperti Literasi Kewangan Khusus buat Belia yang akan dimulakan pada April ini sehingga Oktober 2025 kelak.