Bermula bulan hadapan, penumpang Singapore Airlines (SIA) dan Scoot tidak lagi dibenarkan menggunakan power bank dalam penerbangan. Tidak hanya itu, pengguna juga tidak dibenarkan mengecas peranti tersebut menggunakan port USB yang tersedia di dalam pesawat.
Notis syarikat penerbangan ini turut memperincikan mana-mana penumpang yang membawa power bank antara 100Wh sehingga 160Wh perlu mendapatkan kelulusan sementara bawah daripada kriteria itu tidak perlu.
Namun untuk power bank yang lebihi 160Wh pula, sama sekali tidak dibenarkan untuk di bawa ke dalam pesawat.
Langkah ini menurut SIA adalah bertepatan dengan pematuhan Peraturan Barangan Berbahaya Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) melibatkan penggunaan bateri lithium. Buat pengetahuan umum, ini bukanlah langkah pertama yang diambil syarikat penerbangan – sebelum ini Air Busan, Korea Selatan turut tidak membenarkan penumpang berbuat tindakan yang sama pada kabin pesawat mereka bagi mengelakkan berlakunya insiden kebakaran lagi.