Artikel

RM1.1 Bilion Kepada Sapura Energy Adalah Pinjaman, Lunas Hutang 2,000 Vendor PKS – PM Anwar

Seperti yang umum ketahui, kerajaan kini telah melaksanakan suntikan modal berjumlah RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB). Mengambil maklum akan tindak balas orang awam berhubung dana ini – kerajaan kini menjelaskan suntikan tersebut adalab berbentuk pinjaman, yang mana bertujuan melunaskan hutang sejumlah 2,000 vendor PKS minyak dan gas tempatan yang terkesan akan tunggakan SEB.

Ini bermakna suntikan modal itu sama sekali tidak memanfaatkan pemegang saham mahupun pengurusan SEB.

Malah turut diperjelaskan, dalam usaha menstrukturkan semula SEB kini pengurusan operasi tersebut telahpun mengalami pembaharuan. Di mana pemegang saham utama sebelum ini tidak lagi terlibat dalam pengurusan SEB.

Maka dengan suntikan berbentuk pinjaman ini akan menjadi dana buat pengurusan baharu menambahbaik tatakelola SEB di pasaran semasa dan akan melunaskan kembali pinjaman tersebut setelah meraih keuntungan.