Selain ingin melaras kembali penstrukturan Capital A – kini terdapat pertimbangan untuk kumpulan menjual kepentingan majoriti BigPay kepada sebuah bank berikutan prestasinya yang kurang membrangsangkan kesan persaingan di pasaran semasa.
Selain isu persaingan, kekangan dana untuk menampung operasi BigPay turut dilihat menjadi faktor utama Capital A ingin melepaskan pegangan majoriti mereka. Buat pengetahuan umum, setakat ini operasi memiliki pegangan sekitar 99.56% dan sekiranya penjualan kepentingan berjaya direalisasikan maka sekitar 30% pegangan akan kekal di bawah Capital A.
Buat masa ini, pertimbangan tersebut tidak memperincikan institusi bank mana yang akan bertindak membeli kepentingan BigPay. Selain bank difahamkan terdapat penyedia kewangan dan syarikat teknologi lain turut menyatakan minat akan perolehan kepentingan tersebut. Secara menyeluruh Big Pay kini memiliki sejumlah 1.6 juta pemegang kad di seluruh negara – berlandaskan komuniti ini ia sekaligus akan memberi manfaat kepada kumpulan kepentingan baharu