Berdasarkan penetapan harga runcit minyak petrol negara minggu hadapan iaitu 13 Mac sehingga 19 Mac ini, ia memaparkan berlakunya penurunan harga pada RON97 dan diesel di Semenanjung. Selebihnya kekal pada had siling yang ditetapkan.
Melalui penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism, harga minyak petrol RON97 akan dikurangkan 10 sen kepada RM3.28 seliter, sementara harga diesel di Semenanjung pula diturunkan 7 sen kepada RM3.06 seliter.
Manakala harga RON95 pula kekal di paras RM2.05 seliter diikuti harga diesel di Sarawak, Sabah dan Wilayah Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Menerusi pelarasan itu, negara akan terus memantau sebarang kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi menjamin hak kebajikan rakyat negara.